BAPA MUDA TERUJA BASUH URI ANAK. BILA BUKAK BUNGKUSAN DIA TERUS TERDUDUK KERANA…

Loading...

Kongsikan Artikel Ini!!

Sekadar Gambar Hiasan.

Isteri saya tanya saya hari tu, perlu ke nak cuci uri (placenta) baby yang baru lahir dengan limau nipis, garam dan lain-lain macam yang orang kampung biasa buat kan. Saya bagitahu la sebenarnya tujuan kita nak cuci uri ni sebab taknak bagi busuk dan sebagai tanda penghormatan je sebelum uri tu ditanam.

Dalam Islam takde dijelaskan secara khusus pun bab cara nak uruskan uri. Yang penting jangan kita anggap uri ni benda yang mistik dah la. Siap nak tanam dengan paku, pensil dan lada hitam. Boleh tergadai akidah. Cuma uri tu kan dah teman baby kita selama dalam kandungan isteri. Apa salahnya kita uruskan dengan cara yang terbaik kan.

Kepada para suami yang mungkin takde anak lagi ataupun mungkin belum pernah handle uri anak lagi korang kena tahu dulu apa sebenarnya uri ni. Korang jangan terkejut pulak bila buka plastik uri yang hospital bagi lepas baby dah selamat dilahirkan. Memang bagi yang tak biasa tengok darah dan daging segar akan rasa nak pitam la. Ianya bukan ‘pemandangan’ yang menarik untuk orang yang fobia dengan darah (haemophobia).

Ada satu kisah ni seorang kawan sangat teruja nak basuh sendiri uri anaknya. Excited lain macam. So mak mertua dia pun bagi la kat dia untuk diuruskan. Bukak je bungkusan uri tu, kawan ni terus terduduk. Tak cukup dengan tu terus pengsan. Rupa-rupanya dia ada “penyakit” takut darah. Bila dia dah stabil sedar semua bila tanya dah tau takut darah kenapa buat berani nak basuh. Dia jawab apa, “ingatkan uri tu macam ketulan daging kat pasar tu je, bila tengok tak tau lak ada darah semua“. Huhu.

Antara fungsi uri ni sebenarnya adalah :

+ Uri ni la yang bekalkan zat bermanfaat untuk bayi dalam perut tu. Darah dari ibu akan mengalir masuk ke baby melalui uri ni la. Darah yang mengalir tu ada oksigen, glukosa dan zat yang penting untuk perkembangan baby

+ Uri ni juga fungsinya macam paru-paru orang dewasa sikit. Melalui uri la baby kita dapat oksigen dan melalui uri la juga baby kita buang karbon dioksida dari tubuhnya

+ Dari uri ni la juga sumber hormon oestrogen dan progesterone yang penting untuk ibu dan baby dan banyak lagi fungsinya yang lain

Jadi sebagai tanda penghargaan kita pada jasa uri ni sebaiknya kita cuci dan tanam dengan cara yang mulia. Kalau kita tak amik uri yang pihak hospital bagi tu uri tu akan dianggap sebagai ‘medical waste’ dan akan dibakar. Sanggup ke kita tengok uri baby kita dibakar camtu je bersama sisa-sisa hospital yang lain?

Senang je nak cuci uri ni. Sini saya ajar sikit cara nak cuci uri.

+ Bawa balik uri tu ke rumah. Kalau terpaksa tunggu lebih 24 jam sebelum boleh balik untuk tanam uri tu boleh simpan uri tu dalam peti ais supaya uri tu tak membusuk

+ Beli garam kasar kat kedai. Boleh juga nak pakai limau purut kalau urinya dah agak membusuk. Limau ni cuma untuk hilangkan bau je. Bukan nak iktiraf kepercayaan khurafat tau

+ Buka plastik uri tu depan paip air yang mengalir. Basuh uri dan darah pada uri tu dengan garam dan limau tadi sampai la darah mengalir tu dah hilang semua

+ Bungkus balik uri tu dan bawa la ke tempat kita nak tanam. Pastikan tanah yang kita nak tanam uri tu lembut supaya senang nak cangkul. Simpan tenaga tu sikit sebab seminggu pertama baby lahir korang akan pakai tenaga korang sehabis mungkin untuk jaga baby dan ibunya sekali. Takkan suami pandai ‘beranakkan’ isteri je kan? Kena la juga pandai jaga isteri dalam pantang. Baru la isteri sayang

+ Cangkul tanah tu dalam sikit supaya binatang liar tak boleh hidu bau uri tu. Kalau susah sangat, cari batu besar dan tindih atas tempat uri tu ditanam supaya bintang liar tu tak boleh gali balik tanah tu

+ Masa tanam tak perlu menghadap kiblat, tak perlu nak baca mantera. Tak perlu nak buat apa-apa ritual. Cukup la dengan Bismillah dan Selawat pada Nabi. Cukup la dengan rasa syukur pada Tuhan yang bagi pinjam uri tu sekejap sebagai peneman baby kita di alam rahim sana

Kepada para suami semua. Waktu isteri berpantang ni adalah waktu yang sangat istimewa untuk suami dan isteri. Waktu ni la kita sebagai suami boleh rasa kepenatan isteri yang jaga anak kita selama ni. Waktu ni la kita boleh rasa kelelahan isteri menjaga makan minum dan pakaian kita selama ni sebab masa berpantang ni la kita kena amik alih tugas isteri semua.

Memang kita sebagai suami akan penat dengan karenah baby yang meragam, keperluan isteri dan baby yang perlu kita sediakan tetapi waktu ni la kita boleh menginsafi betapa besarnya pengorbanan seorang isteri. Waktu ni la kita dapat rasa betapa cintanya isteri kepada kita. Mungkin dia tak luahkan dengan kata-kata tetapi cukup la dengan kepenatan dia menguruskan rumahtangga sebagai tanda cinta isteri kepada suaminya. – DR TAUFIQ RAZIF

P/S : Saya Taufiq Razif berharap sangat berkongsian dan info ni dapat dibaca bakal suami dan suami di seluruh dunia sebab saya tahu ramai suami yang belum tahu cara nak uruskan uri dengan betul dan untuk elakkan suami terkejut besar bila pertama kali berdepan dengan uri nanti. Jom sayangi isteri kita semua dan sebarkan info ni pada semua ye

Kongsikan Artikel Ini!!

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *