Masih ingat pelakon drama Diari Ramadan, Rafique? Ini gambar terkini beliau

Loading...

Bila tiba saja bulan Ramadan, pastinya nostalgia pada bulan-bulan Ramadan yang lepas kembali menghantui jiwa dan perasaan kita.

Bagi mereka yang melayan drama-drama di TV3, pastinya drama berjudul Diari Ramadan ini merupakan sebuah drama yang sangat sinonim dengan bulan puasa.

Drama ini pernah menjadi popular suatu ketika dahulu kerana terhibur menonton aksi pelakon kanak-kanaknya bermuka mat salleh yang sentiasa menghiasi kaca yang sangat mencuit hati.

Watak Rafique di dalam drama Diari Ramadan

Memegang watak sebagai Rafique, nama wataknya itu cukup popular sehinggakan ramai yang tidak mengetahui nama sebenarnya, Mirsad Hassan Kulasic.

Mirsad memegang watak sebagai kanak-kanak yang mempunyai ayah warga Perancis dan ibu warga Malaysia.

Selain Mirsad, pelakon lain yang menjayakan drama itu ialah Rozita Che Wan, Roy Azman serta ramai lagi pelakon kanak-kanak.

Setelah bertahun-tahun menyepi, pastinya ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah rupa terkini pelakon yang pernah menjadi fenomena pada suatu ketika dahulu?

2015

2016

Lihat sahaja pada fotonya yang terkini, memang jauh berbeza penampilannya sekarang berbanding dengan ketika beliau memegang watak Rafique di dalam drama Diari Ramadan, 10 tahun dahulu.

Mirsad kini kelihatan sudah semakin dewasa dan kacak. Pastinya Mirsad kini menjadi idaman setiap wanita di luar sana. Mungkinkah dia akan kembali ke pentas lakonan? Tunggu dan lihat.

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *