8 Kesalahan Goreng Bihun Yang Mak-mak Pernah Buat Dalam Tak Sedar, Sebab Tu Keras, Hancur Dan Tak Kenyal

Loading...

Cuba kongsi berapa ramai mak-mak pandai goreng bihun. Tak semua orang boleh masak bihun sampai jadi lembut, kenyal, sedap dan tak hancur. Biarpun pelbagai tip dicuba, selagi mak-mak tak betulkan kesalahan ini. Memang sampai ke akhirnya bihun yang digoreng akan keras, lembik dan boleh jadi tawar atau terlebih masin.

Bila dah salah masak bihun inilah yang akan jadi:

√     Bihun keras sampai susah nak ‘kokak’
√     Terlampau lembik, benyek pun pernah jadi.. adoiilah. 
√     Berpintal-pintal sebab dah terlalu lembik habis dikacau sampai tak sudah.
√     Masin ya amat.. sebab garam tak sekata.
Sebab Itu Tak Boleh Langgar Pantang Larang Goreng Bihun
1. Tak Tengok Arahan Pada Paket
Tengok dekat paket bihun. Apa arahannya. Adakah perlu direndam kemudian tos, atau rendam dalam air panas atau air sejuk.

kesalahan goreng bihun
2. Tak Perasan Bihun Ni Rupa Je Sama Tapi Kekenyalan Berbeza
Kenal dulu sifat bihun. Ada sesetengah bihun mentah yang perlu direndam lama sebelum di masak. Ada yang direndam walau dalam lama pun tetap tak memberi hasil yang baik semasa digoreng. Contoh; bihun Faiza bihun mentahnya keras dan perlu direndam lama. Manakala bihun Eka atau Pama bihunnya cepat lembut bila direndam air.
3. Lupa Uji Bihun Dengan Jari
Air tangan tu kan penting. Jadi gunalah jari jemari itu untuk menguji sama ada bihun yang dah direndam tu lembut atau sebaliknya. Cuba putuskan guna jari tu boleh ke tidak. Kalau senang tu dah cukup lembutlah tu.
4. Tak Ambil Pusing Masa Merendam
Gunakan besen besar semasa merendam bihun. Biarlah bihun tu sampai tenggelam. Kacau-kacaulah sekejap-sekejap, sampai anda dapat merasakan bihun tu lembut.

kesalahan goreng bihun

5. Anggap Lalukan Bihun Bawah Air Dan Tos Tak Penting
Ini kalau rendam dalam air panas, sebaiknya lalukan semula bawah air paip. Jangan pula rendam lama sangat, sampai dah terlalu lembik baru nak lalukan bawah air. Nanti masa menggoreng ia mudah hancur dan tak lagi kenyal. Lepas lalukan bawah air tu barulah toskan. Satu lagi rahsianya kenapa kena lalu bawah air dan tos, sebab nak buang kanji yang ada dalam air rendaman bihun. Jadi bihun tu tidaklah melekat sangat bila dah siap digoreng.

kesalahan goreng bihun
6. Tak Campur Air Masa Menumis
Jika gunakan bihun jenis keras atau kasar, lebihkan air semasa menumis. Nanti bihun akan serap air dan dengan sendirinya akan jadi lembut. Gaullah sampai bihun lembut. Tapi jangan keterlaluan nanti bihun hancur. Katakanlah masih juga keras, tambah sedikit air panas sampai ia jadi lembut.

Kalau suri guna bihun jenis lembut, tak perlulah tambah air yang banyak. Sedikit dah memadai. Bimbang bihun jadi hancur dan lembik.
7. Tak Gunakan Dua Tangan
Hah! ni pelik… masak bihun memang mencabar. Macam nak berkungfu pun iya. Sebab itu, disarankan guna dua tangan masa menggoreng. Sebabnya yang sebelah boleh menggaul, sebelah lagi tangan boleh gaul rata sebatikan rempah/perencah bihun. Jadi ianya tidak berketul dan berpintal.
8. Tak Tahu Bila Nak Masukkan Garam
Jangan masukkan garam sebelum memasukkan bihun. Sebaiknya selepas bihun dimasukkan dalam kuali. Ini untuk mengelakkan terlebih masin.

Sumber: Mingguan Wanita

TIPS KECANTIKAN:
5 Petua Lengkap Semulajadi, Penjagaan Wajah Buat Wanita Cantik Berseri

5 Petua Lengkap Semulajadi, Penjagaan Wajah Buat Wanita Cantik Berseri

Sebenarnya, waktu kulit wajah tengah eloklah lagi nak dijaga. Kalau dibiarkan je tak terjaga, jangan nanti gundah gulana pulak, bila lihat kulit wajah mulai tampak kusam, tak berseri, ada garisan halus, parut jerawat dan jeragat pula jelas kelihatan. Semuanya salah sendiri.

Nak jaga kulit wajah tak susah mana.Wajah boleh kembali berseri biarpun tanpa solekan boleh saja menggunakan bahan-bahan semula jadi. Lagi pula, tiada jalan ‘shortcut’ nak nampak cantik. Nak cantik memang wajib kena USAHA macam-macam cara yang serasi dan paling penting kena rajin. Ikut petua lengkap penjagaan wajah ini.
1.BUAH Timun Sebagai Pencuci Muka
Gunakan air pati timun sebagai pencuci muka semula jadi. Air yang dihasilkan dari buah timun dapat membantu menghaluskan dan menegangkan kulit muka.

Caranya:

Hanya perlu kisar buah timun dan masukkan sedikit air. Cuci muka seperti biasa dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam. Kulit wajah rasa lebih bersih, segar dan sejuk dengan pati buah timun tersebut.

2.BUAH Tomato Sebagai Toner (Penyegar)
Buah tomato bertindak sebagai skin toner atau penyegar wajah. Buah Tomato mampu membantu merawat jerawat, jeragat dan kulit kusam.

Caranya:Kisar beberapa biji tomato sehingga menjadi pes. Ambil pes dan tekap pada muka selama 10 minit atau bahagian kulit yang tidak sekata.Jika dilakukan setiap hari, ia akan mengecilkan pori-pori di muka menjadikan kulit lebih licin.
3.BUAH Lemon Sebagai Masker Kurangkan Parut
Buah Lemon miliki khasiat tersendiri untuk kecantikan wajah. Enzim didalam jus lemon membantu membuang sel-sel mati pada kulit secara tak langsung mengurangkan warna parut ,melembutkan serta melicinkan kulit wajah. Jus buah lemon ini bagus digunakan oleh mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak.

Caranya:Campurkan setengah jus lemon ke dalam satu bekas yang berisi putih telur. Gaul hingga sebati dan sapu pada muka seperti mask. Biarkan 10 minit dan bilas. Lakukan sekali atau dua seminggu.
4.BUAH Sengkuang Untuk Lembabkan & Cerahkan Wajah
Masalah kulit wajah kering dan tona warna gelap tidak sekata boleh diatasi dengan menggunakan buah sengkuang.Selain memutihkan, mencerahkan, menghilangkan bintik hitam (blackhead), sengkuang juga dapat menegangkan kulit agar kelihatan awet muda.

Caranya:Kupas buah sengkuang (pilih buah yang bersaiz kecil) kemudian parut dan oleskan pada wajah. Biarkan selama 20 minit dan selepas itu bersihkan dengan air. Lakukan satu atau dua kali seminggu.Hasilnya kulit wajah lebih lembab dan jadi lebih cerah.
5.BUNGA Mawar Untuk Hilangkan Lebam Bawah Mata
Bunga mawar tinggi kandungan vitamin C. Ia dapat mengatasi kekeringan dengan melembapkan kulit dan mengatasi kulit yang kemerahan akibat terdedah dengan sinaran matahari. Mawar juga berfungsi untuk mendinginkan kulit, mengecilkan pori-pori dan paling penting mampu menyamarkan lingkaran hitam dibawah mata.

Caranya:Rendam lebih kurang 8 kelopak bunga mawar dalam 3-4 sudu air selama 2-3 jam. Kemudian hancurkan kelopak bunga mawar tersebut di dalam air rendaman dan tambah 3 sudu madu. Campurkan hingga sebati dan sapukan pada seluruh muka. Biarkan selama 15-30 minit. Bilas dengan air sejuk.

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *